Kemiskinan ada di mana - mana. Ada di mana - mana termasuk negara yang sentiasa gahdengan kemajuan sekian lama iaitu Hong Kong. Amat menyedihkan melihat sisi gelapkehidupan terpinggir golongan warga emas di Hong Kong yang hanya mampu tinggal didalam sangkar besi seluar 4 kaki panjang dan 2 setengah kaki lebar. umpama ukuran lubang kubur.
Hong Kong digembar gemburkan sebagai bandaraya yang moden dan antara yang menelan kos hidup paling tinggi di dunia. kemodenan yang dikejaroleh HongKong terpaksa dibayar dengan kos yang tinggi oleh penduduknya. yang menjadimangsa adalah golongan kelas bawahan yang berpendapatan rendah , hanya manpu menyewa ruang stor sahaja yang tempat tidur, ruang tamu dan dapur adalah tempat yang sama.
Nasib warga emas Malaysia yang tingga di rumah kebajikan jauh lebih baik dan selesa. Jurugambar Australia Brian Cassey telah merakamkan beberapa gambar yang sevcara langsung bercerita betapa hodohnya dan azabnya kehidupan golongan miskin di Hong Kong.
Sebuah rumah Flat yang biasa di Hong Kong dikongsi sehinnga 19 orang. Setiap orang mempunyai satu sangkar besi seluas lubang kubur untuk tidur dan menyimpan barangan peribadi. Sangkarnya dibina bertingkat tingkat dan yang paling bawah adalah paling murah. Tiada kemudahan memasak dan penghuni kena makan nasi bungkus setiap hari. Berkongsi bilik mandi dan tandas. Sedihnya ada yang sudah hidup begitu selama hampir 30 tahun! adusss...









No comments:
Post a Comment