"Semoga mendapat haji mabrur" adalah ucapan yang sudah sinonim apabila diberi peluang mengucapkan selamat pergi kepada bakal - bakal haji yang akan berangkat ke tanah suci...tidak salah doakan mendapat haji mabrur..malah amat digalakkkan mendoakan bakal haji mendapat kebaikan semasa dan selepas menunaikan haji. Hari ini ramai yang sudah terbiasa dengan istilah mabrur tetapi jika ditanya apakah haji mabrur tiada yang dapat memberi jawapan ...kena tanya kat ustaz ni...
Haji sebenarnya ada empat peringkat iaitu jika diskalakan dengan sistem peperiksaan sekolah adalah sama seperti berikut:
- Haji Mabrur (cemerlang),
- Haji Makhsus ( Kepujian ),
- Haji Maqbul (lulus),
- Haji Mardud (gagal).
Haji Mabrur adalah peringkat tertinggi haji yang memang diimpikan oleh semua jemaah. Jika dalam peperiksaan atau ujian, markahnya 80% ke atas. sudah tentu tidak semua akan mendapatnya. Bukan semua jemaah Haji yang berada di Mekah ketika ini kan mendapat markah cemerlang kerana haji Mabrur dikira sebelum bakal haji itu bertolak ke Mekah lagi.contohnya keikhlasan, tanggungjawab, kemampuan, punca rezeki yang halal, dan sebagainya, begitu juga semasa berada di mekah, bagaimana beribadatnya, tutur katanya, keihklasan dan sebagainya, cabaran paling sukar adalah selepas menunaikan haji, iaitu selepas pulang ke tanah air. Bagaimana perubahannya? Adakah bertambah baik atau balik sama seperti sbelumnya? seseorang yang mendapat haji mabrur akan dapat dilihat tanda -tanda selepas dia pulang menunaikan haji. Antara tanda tandanya, bersungguh-sungguh melakukan solat berjemaah. Mengambil peluang sepanjang masa ketika di Makkah dan Madinah mengerjakan amalan solat dan beribadah sebanyak yang mungkin.