Tuesday, 30 October 2012

Bencana Amerika

Amerika terpaksa membayar harga yang tinggi di atas kerakusannya untuk menjadi kuasa terbesar dunia. Bagaikan satu peringatan atau balasan Tuhan, kerana keangkuhan Amerika terhadap dunia islam. Sehebat manapun kuasa kamu kamu tidak akan manpu menentang tentera Allah. yng hanya dikirim cuma sedikit..
Amerika menjadi kelam kabut kerana dilanda taufan Sandy. Biarpun mempunyai peralatan canggih dan dapat mengesan taufan itu lebih awal tidak dapat menghalang taufan itu dari membadai New York, kota lambang keangkuhan Amerika.

seluruh New York lumpuh, diberitakan 48 orang maut. 15000 penerbangan dibatalkan, sementara 8.2 juta penduduknya keputusan tenaga elektrik

Sunday, 23 September 2012

Demo bantah filem innocence of Muslimsdi depan kedutaan AS

Agak lama tidak update Blog, maklum le sibuk dengan perkara perkara duniawi yang lain. sebenarnya menulis blog ni kena istiqamah juga, akan tetapi tiada dorongan apa apa ganjaran menyebabkan update ikut suka sendiri saja.. Tidak mengapalah, kerana sekadar mengisi masa dan berkongsi cerita dan pendapat saja.

Pada petang 21 september 2012 iaitu selepas solat Jumaat. tiba -tiba aku terpanggil untuk bersama mengikuti satu demo yang diadakan di hadapan Kedutaan AS di jalan Tun razak, Kuala Lumpur. Sebenarnya kehadiran aku sedikit terlewat kerana aku tidak bersolat di tabung Haji. tambahan pula kamera tidak dibawa sekali. terpaksa la balik dulu. Walau begitu sempat juga rakamkan beberapa shot biarpun tidaklah menarik kerana kesesakan orangramai.

Jika Allah bertanya, apa kamu buat bila Nabimu dihina dan dicerca oleh kafir laknatullah semasa di dunia..sekurang kurangnya menghadirkan diri menyokong demo ..daripada hanya kutuk di kedai kopi dan layan tidur atau tonton TV selepas Jumaat..











Tuesday, 24 April 2012

Photographer tanpa tangan




Amat gigih sekali wanita ini, Beliau tidak menjadikan kekurangan pancaindera pentingnya sebagai satu alasan untuk meminta - minta atau menagih simpati. Wanita istimewa itu ialah  Rusidah Badawi berasal dan tinggal di Indonesia, Yang istimewanya beliau menggunakan kamera dengan lengan sebagai  permulaannya.


Sunday, 1 April 2012

Pasar raya maya Korea selatan yang pertama di dunia.

Jemu dengan trend shopping cara tradisional? rasanya faktor masa sebenarnay yang memberi idea melahirkan pasar raya maya pertama di dunia. Konsepnya mudah. pengguna tidak perlu lagi pergi membeli belah barangan keperluan di pasar raya. sekarang biar pasar raya itu datang kepada pengguna.Menarik bukan?

Jika secara tradisi kita menolak troli untuk ke pasar raya, sekarang kita hanya perlu scan saja kod barangan menggunakan telefon android, nyatakan pesanan kemudian barangan yang di pesan akan dihantar terus ke rumah atau pejabat anda.






Thursday, 8 March 2012

Petanda awal akan kemunculan imam Mahdi

Cuaca yang tidak menentu dan pelik sekarang ini adalah salah satu petanda atau petunjuk bagi yang berfikir akan sesuatu yang besar akan berlaku. Ia akan berlaku dan pasti berlaku, bila? hanya Allah saja yang maha mengetahui, tahun2012 berlakunya salji di tanah timur tengah yang biasanya bercuaca panas. tidak dinafikan sebahagian iran dan afghanistan biasa menerima salji. tetapi kali ini kelihatan menyeluruh.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.
[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]


tidak dapat dipastikan khurasan itu di arah mana. yang pasti adalah dari Timur. semua tandatanda kecil kiamat sudah ada semuanya. tidak ada lagi tanda tanda kecil yang belum berlaku. Cuma tanda penghubung antara tanda tanda kecil kiamat dengan tanda tanda besar kelihatan mula berlaku. 

 Nabi Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Subahanallah , lihatlah situasi sekarang dan fikir - fikirlah,

Apa yang kita mungkin tidak mahu ambil tahu ialah, tanda tanda kelahiran Imam Mahdi sudahpun berlaku  lebih kurang 25 tahun yang lalu, besar kemungkinan Imam Mahdi sudahpun ada di kalangan kita sekarang menjalani kehidupan biasa. hanya menunggu masa sahaja.






Monday, 27 February 2012

Taiwan dah ada "no pants day"

Kegilaan tidak mahuberseluar sudah menular ke negara negara Asia. sebelum ini kita hanya tahu Hari tanpa seluar hanya membiak di New York dan London sahaja. Tetapi kini semakin menjalar ke Taiwan,

Pada awal februari lalu, satu jenama pakaian sukan taiwan melancarkan produk baru mereka, sebagai langkah promosi, sekumpulan gadis gadis seksi diupah untukberjalan jalan  di sekitar Shopping Mall, Jalanan dan dengan menaiki tren MRT. Yang menarik tentulah gadisgadis ini tidak memakai seluar, hanya mengenakan seluar dalam sahaja tetapimasih berbaju seperti biasa.Apabila ditanya apakah motif mereka berjalan beramai ramai tanpa pakaian lengkap itu, jawapannya mereka mahu menyuntik satu elemen keseronokan dan kelainan dalam kehidupan harian yang biasa. Benarlah! merekamenjadi tarikan perhatian sesiapa saja yang memandang..




Thursday, 23 February 2012

rumah bergerak

house on wheels adalah satu panggilan yang sangat cocok untuk rekaaan yang paling mautkini pemiliknya  tidak susah payah menyewa hotel ni. kini pemiliknya tidak perlu bersusah payah menyewa hotel. ye lahasa tidak sewa hotel jika adea outstation atau sekadai ingin makan angin. konsepnya sama seperti karavan tetapi ini lebih feel terasa di rumah kerana ekabentuknya menyerupai rumah. amat nisi jik bumi malaya ini ada konsep ini. sayangnya mukabumi malaya tidak menarik untuk aktiviti begini.


Dilihat hiasan dalmannya terasa cukup selesa dan puashati jika mengembara menggunakan rumah karavan ini. luasnya hanya berukuran 125 kaki persegi, namun mempunyai kemudhan kemudahan asasseperti ktil yng selesa,dapur dan bilik mandi. direka oleh pasangan  Ann Holley and Darren Macca. bahan binaannya adalah kayu dan brangan kitar semula. keseluruhan tenaga adalah solar.