Cuaca yang tidak menentu dan pelik sekarang ini adalah salah satu petanda atau petunjuk bagi yang berfikir akan sesuatu yang besar akan berlaku. Ia akan berlaku dan pasti berlaku, bila? hanya Allah saja yang maha mengetahui, tahun2012 berlakunya salji di tanah timur tengah yang biasanya bercuaca panas. tidak dinafikan sebahagian iran dan afghanistan biasa menerima salji. tetapi kali ini kelihatan menyeluruh.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.
[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]
tidak dapat dipastikan khurasan itu di arah mana. yang pasti adalah dari Timur. semua tandatanda kecil kiamat sudah ada semuanya. tidak ada lagi tanda tanda kecil yang belum berlaku. Cuma tanda penghubung antara tanda tanda kecil kiamat dengan tanda tanda besar kelihatan mula berlaku.
Nabi Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Subahanallah , lihatlah situasi sekarang dan fikir - fikirlah,
Apa yang kita mungkin tidak mahu ambil tahu ialah, tanda tanda kelahiran Imam Mahdi sudahpun berlaku lebih kurang 25 tahun yang lalu, besar kemungkinan Imam Mahdi sudahpun ada di kalangan kita sekarang menjalani kehidupan biasa. hanya menunggu masa sahaja.









No comments:
Post a Comment