Thursday, 29 December 2011

Honda musnahkan 1000 buah kereta

Apa nak dikata lagi, Syarikat honda terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit disebabkan malapetaka banjir yang melanda thailand terutama di kilangnya di Ayutthaya.seluruh dunia tahu ratusan kereta yang baru yang disusun di luar kilang itu semuanya ditenggelami hingga paras bumbung kereta. Honda tidak punya cara lain demi menjaga reputasi jenamanya. Demi membuktikan bahawa Honda tidak akan menjual balik kereta yang ditenggelami banjir, Mereka memaklumkan akan memusnahkan semua kereta yang ditenggelami banjir tempohari iaitu lebih kurang 1000 buah,kebanyakan model yang dimusnahkan menjadi besi skrap tu adalah dari model city sedan,Brio dan Jazz.proses pelupusan ini akan mengambil masa sebulan.

Wah banyak tu, bagus juga Honda ni, kalau terjadikat kilang Proton, boleh ke mereka buat begini? Harap harap begitulah ye.! Tapi kalauHonda eksport kereta tenggelam banjir ni ke Malaysia mungkin akan dibaikpulih dan dijual balik dengan diskaun 70%. Pasti berebut rebut rakyat Malaysia beli..Paling kurangpun jadi kereta potong atau jual balik mana mana spare part yang boleh dipakai tu...

layan gamabar gambar dibawah..










Tuesday, 27 December 2011

Sesudah bencana Tsunami Jepun

Beginilah hasilnya bila manusia semakin rakus memusnahkan alam demi kuasa. Sesekali Allah s.w.t menurunkan tenteranya, tidak pula makhluk sekalian bumi mampu menghalangnya. itu baru sebilangan kecil sahaja tentera Allah diturunkan. Negara Jepun terkenal dengan teknologinya yang semakin maju mengalahkan Barat. Bencana Tsunami yang berlaku pada bulan Mac 2011 memusnahkan sebahagian besar zon yang menempatkan reaktor nuklear Dai Ichi di Okuma.

Bimbang kesan radioaktif, Seluruh penduduk diarahkan mengosongkan terus daerah Namie menjadikan bandar dan pekan pekan yang sibuksebelum ini menjadi sepi tanpa penghuni , atau lebih tepat lagi sebagai bandar hantu, Nasib nya sama seperti Chernobyl yang sudah sekian lama menjadi bandar hantu.

Jurugambar national Geographic David Guttenfelder sempat merakamkan suasana daerah Namie twrsebut iaitu sesudah 7 bulan peristiwa tsunami terjadi.







Hanya gambar dapat bercerita, sebuah kawasan penempatan yang dahulunya kelihatan aman dan tenang bertukar menjadi tempat yang suram dan menakutkan.



Restoran Tergantung

Satu lagi Restoran yang sangat unik. Anda boleh makan dan feel suasana secara terapung di awan awangan setinggi 50 meter . Wow!!! untuk lebih feel lagi restoran ini tidak dipasang tingkap dan pengunjung hanya duduk dikerusi khas tanpa adaapa apa pagar keselamatan di kelilingnya. jadi Pengunjung akan benar benar terasa berada tergantung di udara.Tapi jangan lupa memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan. Lebih hebat lagi restoran ini diangkat menggunakan kren! jadi ia boleh di bawa ke mana saja tempat. Walaubagaimanapun restoran ini hanya manpu memuatkan 22 pelanggan saja pada satu satu masa termasuk tukang masak dan pelayan.

Tuesday, 13 December 2011

Spicy Cool. Design tin minuman yang recycle

Sangat Cool. Design yang lebih fokuskan kepada memudahkan bahan kitar semula. Biasanya kita malas nak compress tin aluminium kerana menyusahkan. mengatasi masalah ini satu rekaan untuk memudahkan tin dicompress dicipta.Konsepnya mudah tetapi jarang terfikir oleh kita. rekabentuknya juga memudahkan untuk digrip oleh jari jari. cuma mungkin labeling kelihatan tidak rata seperti tin minuman biasa. Apa yang penting, habis minum, tekan saja tin dan kumpul untuk kitar semula.

Restoran seafood yang unik dan awesome di Tanzania.


Konsep restoran ini sangat unik dan awesome. Dibina di pesisir pantai Michanwi Pingwe yang indah di daerah zanzibar yang terletak di negara mundur Tanzania. Restoran yang menyajikan pelbagai makanan laut segar ini dibina di atas permukaan bukit batu beberapa meter dari pantai. itu sebab restoran ini diberi nama the rock. apa yang unik ialah waktu air pasang dan surut mengubah lanskap permandangan restoran ini. bila air surut air surut anda boleh berjalan saja ke restoran ini. bila air  pasang pula anda boleh berenang atau menggunakan bot ke sana. menarik bukan?..bagaimana kalau konsep ini kita buat satu di Malaysia?..






Tuesday, 6 December 2011

kereta konsep Toyota Fun vii untuk masa depan.

Toyota sudah melancarkan kereta konsepnya yang cukup cool iaitu FUN Vii. Lihat video di bawah, Tidak dapat dibayangkan jika kita dapat memilikinya sekarang....mengapa kena tunggu masa depan?...bila masa depan tuuu?........
Okayy...sementara menunggu masa depan tiba.....................Enjoyyy the videooooo...