Thursday, 29 December 2011

Honda musnahkan 1000 buah kereta

Apa nak dikata lagi, Syarikat honda terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit disebabkan malapetaka banjir yang melanda thailand terutama di kilangnya di Ayutthaya.seluruh dunia tahu ratusan kereta yang baru yang disusun di luar kilang itu semuanya ditenggelami hingga paras bumbung kereta. Honda tidak punya cara lain demi menjaga reputasi jenamanya. Demi membuktikan bahawa Honda tidak akan menjual balik kereta yang ditenggelami banjir, Mereka memaklumkan akan memusnahkan semua kereta yang ditenggelami banjir tempohari iaitu lebih kurang 1000 buah,kebanyakan model yang dimusnahkan menjadi besi skrap tu adalah dari model city sedan,Brio dan Jazz.proses pelupusan ini akan mengambil masa sebulan.

Wah banyak tu, bagus juga Honda ni, kalau terjadikat kilang Proton, boleh ke mereka buat begini? Harap harap begitulah ye.! Tapi kalauHonda eksport kereta tenggelam banjir ni ke Malaysia mungkin akan dibaikpulih dan dijual balik dengan diskaun 70%. Pasti berebut rebut rakyat Malaysia beli..Paling kurangpun jadi kereta potong atau jual balik mana mana spare part yang boleh dipakai tu...

layan gamabar gambar dibawah..










No comments:

Post a Comment