Sunday, 23 September 2012

Demo bantah filem innocence of Muslimsdi depan kedutaan AS

Agak lama tidak update Blog, maklum le sibuk dengan perkara perkara duniawi yang lain. sebenarnya menulis blog ni kena istiqamah juga, akan tetapi tiada dorongan apa apa ganjaran menyebabkan update ikut suka sendiri saja.. Tidak mengapalah, kerana sekadar mengisi masa dan berkongsi cerita dan pendapat saja.

Pada petang 21 september 2012 iaitu selepas solat Jumaat. tiba -tiba aku terpanggil untuk bersama mengikuti satu demo yang diadakan di hadapan Kedutaan AS di jalan Tun razak, Kuala Lumpur. Sebenarnya kehadiran aku sedikit terlewat kerana aku tidak bersolat di tabung Haji. tambahan pula kamera tidak dibawa sekali. terpaksa la balik dulu. Walau begitu sempat juga rakamkan beberapa shot biarpun tidaklah menarik kerana kesesakan orangramai.

Jika Allah bertanya, apa kamu buat bila Nabimu dihina dan dicerca oleh kafir laknatullah semasa di dunia..sekurang kurangnya menghadirkan diri menyokong demo ..daripada hanya kutuk di kedai kopi dan layan tidur atau tonton TV selepas Jumaat..