Monday, 22 August 2011

Bonus 1000 bulan...


Kakitangan awam baru merasa sedikit kelegaan apabila kerajaan umumkan bonus setengah bulan gaji dan sudahpun dibayar pada 15 Ogos lalu..Lega sedikit sekurang kurangnya dapat lamenampal serba sedikit lohong ternganga atau carik barik di sana sini....

Ramai yang berterima kasih kepada Sang PM kerana keluhuran dan kerana sikap prihatin kerajaannya..Ya laa kan Bonus tu bersifat material tentulah semua bersuka suka dengan sikap gelojohan yang tidak terkawal bila bershopping baju raya....

Itu hanya cerita bonus yang kita nampak dan rasa nikmatnya.....Ramai yang lupa dan alpa pasal tawaran bonus 1000 bulan yang ditawarkan pada malam Lailatul Qadar.....Cuba imaginasikan gaji sebulan didarab seribu bulan !!!..Namun tawarana itu ada syaratnya...perlu dicari dan tidak dikreditkan secara automatik ke dalam akaun akhirat anda.....Perlu ada usaha mendapatkannya... perlu ada kesabaran dan kesungguhan yang tinggi...korbankan masa nikmat di atas tilam!

Pada malam Lailatul-Qadar akan turunlah sekalian malaikat malaikat yang tidak terkira banyaknya. Malaikat malaikat akan menziarahi masjid dan rumah rumah  yang menghidupkan malam dengan beribadat....

““Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, untuk mendapakan bonus yang tidak ternilai ini,..ikutlah amalan 
Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat lagi seperti berzikir, sembahyang sunat dan membaca quran. 

Semoga Ramadhan tahun ini lebih bererti buat kita semua. Amin

Wednesday, 17 August 2011

Suatu hari pada 17 Ramadhan.


Alhamdulillah, setinggi tinggi rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi nafas untuk menikmati lagi hari hari yang penuh berkat di bulan mulia ini.

Pada hari ini lahirlah blog 'spicyselipar' yang sebenarnya sudah dirancang sekian lama..Cuma tak berjaya dilaksanakan kerana situasi yang tidak banyak berpihak..walaupun idea perancangannya sudah ada bertahun tahun lamanya......Akhirnya pada tanda 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H blog ini terlahir juga menjenguk alam cybermaya yang serba rencam ini.... konsep? macam biasa la ..lebih kepada luahan, pandangan atau pendapat atau ulasan berkaitan pelbagai isu isu atau topik topik berkaitan kehidupan di planet bumi dan persekitarannya...


Ok cukuplah sebagi posting mukadimah..Jumpa lagi dalam entri entri seterusnya.

Wassalam , didahulukan dengan ucapan Terima Kasih