Tuesday, 30 October 2012

Bencana Amerika

Amerika terpaksa membayar harga yang tinggi di atas kerakusannya untuk menjadi kuasa terbesar dunia. Bagaikan satu peringatan atau balasan Tuhan, kerana keangkuhan Amerika terhadap dunia islam. Sehebat manapun kuasa kamu kamu tidak akan manpu menentang tentera Allah. yng hanya dikirim cuma sedikit..
Amerika menjadi kelam kabut kerana dilanda taufan Sandy. Biarpun mempunyai peralatan canggih dan dapat mengesan taufan itu lebih awal tidak dapat menghalang taufan itu dari membadai New York, kota lambang keangkuhan Amerika.

seluruh New York lumpuh, diberitakan 48 orang maut. 15000 penerbangan dibatalkan, sementara 8.2 juta penduduknya keputusan tenaga elektrik

Sunday, 23 September 2012

Demo bantah filem innocence of Muslimsdi depan kedutaan AS

Agak lama tidak update Blog, maklum le sibuk dengan perkara perkara duniawi yang lain. sebenarnya menulis blog ni kena istiqamah juga, akan tetapi tiada dorongan apa apa ganjaran menyebabkan update ikut suka sendiri saja.. Tidak mengapalah, kerana sekadar mengisi masa dan berkongsi cerita dan pendapat saja.

Pada petang 21 september 2012 iaitu selepas solat Jumaat. tiba -tiba aku terpanggil untuk bersama mengikuti satu demo yang diadakan di hadapan Kedutaan AS di jalan Tun razak, Kuala Lumpur. Sebenarnya kehadiran aku sedikit terlewat kerana aku tidak bersolat di tabung Haji. tambahan pula kamera tidak dibawa sekali. terpaksa la balik dulu. Walau begitu sempat juga rakamkan beberapa shot biarpun tidaklah menarik kerana kesesakan orangramai.

Jika Allah bertanya, apa kamu buat bila Nabimu dihina dan dicerca oleh kafir laknatullah semasa di dunia..sekurang kurangnya menghadirkan diri menyokong demo ..daripada hanya kutuk di kedai kopi dan layan tidur atau tonton TV selepas Jumaat..











Tuesday, 24 April 2012

Photographer tanpa tangan




Amat gigih sekali wanita ini, Beliau tidak menjadikan kekurangan pancaindera pentingnya sebagai satu alasan untuk meminta - minta atau menagih simpati. Wanita istimewa itu ialah  Rusidah Badawi berasal dan tinggal di Indonesia, Yang istimewanya beliau menggunakan kamera dengan lengan sebagai  permulaannya.


Sunday, 1 April 2012

Pasar raya maya Korea selatan yang pertama di dunia.

Jemu dengan trend shopping cara tradisional? rasanya faktor masa sebenarnay yang memberi idea melahirkan pasar raya maya pertama di dunia. Konsepnya mudah. pengguna tidak perlu lagi pergi membeli belah barangan keperluan di pasar raya. sekarang biar pasar raya itu datang kepada pengguna.Menarik bukan?

Jika secara tradisi kita menolak troli untuk ke pasar raya, sekarang kita hanya perlu scan saja kod barangan menggunakan telefon android, nyatakan pesanan kemudian barangan yang di pesan akan dihantar terus ke rumah atau pejabat anda.






Thursday, 8 March 2012

Petanda awal akan kemunculan imam Mahdi

Cuaca yang tidak menentu dan pelik sekarang ini adalah salah satu petanda atau petunjuk bagi yang berfikir akan sesuatu yang besar akan berlaku. Ia akan berlaku dan pasti berlaku, bila? hanya Allah saja yang maha mengetahui, tahun2012 berlakunya salji di tanah timur tengah yang biasanya bercuaca panas. tidak dinafikan sebahagian iran dan afghanistan biasa menerima salji. tetapi kali ini kelihatan menyeluruh.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.
[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]


tidak dapat dipastikan khurasan itu di arah mana. yang pasti adalah dari Timur. semua tandatanda kecil kiamat sudah ada semuanya. tidak ada lagi tanda tanda kecil yang belum berlaku. Cuma tanda penghubung antara tanda tanda kecil kiamat dengan tanda tanda besar kelihatan mula berlaku. 

 Nabi Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Subahanallah , lihatlah situasi sekarang dan fikir - fikirlah,

Apa yang kita mungkin tidak mahu ambil tahu ialah, tanda tanda kelahiran Imam Mahdi sudahpun berlaku  lebih kurang 25 tahun yang lalu, besar kemungkinan Imam Mahdi sudahpun ada di kalangan kita sekarang menjalani kehidupan biasa. hanya menunggu masa sahaja.






Monday, 27 February 2012

Taiwan dah ada "no pants day"

Kegilaan tidak mahuberseluar sudah menular ke negara negara Asia. sebelum ini kita hanya tahu Hari tanpa seluar hanya membiak di New York dan London sahaja. Tetapi kini semakin menjalar ke Taiwan,

Pada awal februari lalu, satu jenama pakaian sukan taiwan melancarkan produk baru mereka, sebagai langkah promosi, sekumpulan gadis gadis seksi diupah untukberjalan jalan  di sekitar Shopping Mall, Jalanan dan dengan menaiki tren MRT. Yang menarik tentulah gadisgadis ini tidak memakai seluar, hanya mengenakan seluar dalam sahaja tetapimasih berbaju seperti biasa.Apabila ditanya apakah motif mereka berjalan beramai ramai tanpa pakaian lengkap itu, jawapannya mereka mahu menyuntik satu elemen keseronokan dan kelainan dalam kehidupan harian yang biasa. Benarlah! merekamenjadi tarikan perhatian sesiapa saja yang memandang..




Thursday, 23 February 2012

rumah bergerak

house on wheels adalah satu panggilan yang sangat cocok untuk rekaaan yang paling mautkini pemiliknya  tidak susah payah menyewa hotel ni. kini pemiliknya tidak perlu bersusah payah menyewa hotel. ye lahasa tidak sewa hotel jika adea outstation atau sekadai ingin makan angin. konsepnya sama seperti karavan tetapi ini lebih feel terasa di rumah kerana ekabentuknya menyerupai rumah. amat nisi jik bumi malaya ini ada konsep ini. sayangnya mukabumi malaya tidak menarik untuk aktiviti begini.


Dilihat hiasan dalmannya terasa cukup selesa dan puashati jika mengembara menggunakan rumah karavan ini. luasnya hanya berukuran 125 kaki persegi, namun mempunyai kemudhan kemudahan asasseperti ktil yng selesa,dapur dan bilik mandi. direka oleh pasangan  Ann Holley and Darren Macca. bahan binaannya adalah kayu dan brangan kitar semula. keseluruhan tenaga adalah solar.






Tuesday, 31 January 2012

Untungnya menjadi umat akhir zaman.

Salam maulidur Rasul, agak lama juga tiada entri yang bersifat agama. Itulah seringkali kita lalai dalam mengingati Allah dan nabi Muhammad SAW. Pada 5 Februari ini tibalah masa untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammd SAW, Sebenarnya memperingati Nabi bukan lah pada tarikh tarikh tertentu sahaja, sebagai umat nabi Muhammad kita dituntut mengingati bagind dalam setiap detik dan saat, bagaimana nak mengingatinya? sentiasa berselawat dan amalkan sunnah-sunnahnya. itulah yang sebaik baiknya bukan hanya menyambut dan berarak setahun sekali sahaja


kita seharusnya bersyukur atau wajib bersyukur kerana menjadi umat nabi muhammad saw. ada satu riwayat dari Abu Laits a.s Assamarqandi  dengan sanadnya dan Muqatil bin Sulaiman berkata:


Nabi Musa a.a bermunajat.... Ya Rabbi, aku mendapatkan dalam alwaah ( roh) , ada suatu umat yang dapat memberi syafaat dan akan diterima syafaat mereka..Jadikanlah mereka umatku???

Jawab Allah : Mereka adalah umat Muhammad saw..

Ya Rabbi, aku dapatkan juga umat yang tebusan dosa mereka cukup dengan sembahyang lima waktu, jadikanlah mereka umatku....

Jawab Allah : Mereka juga umat Muhammad saw..

Ya Rabbi, aku dapatkan juga ada umat yang akan membasmi kesesatan sehingga mereka akan membunuh Dajjal yang bermata sebelah, jadikan mereka umatku...

Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kesucian mereka dengan air dan tanah, jadikanlah mereka umatku...

Jawab Allah : Mereka juga umat Muhammad saw..

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang boleh menerima sedekah dan memakannya, padahal umat-umat yang dahulu harus dibakar dengan api....Jadikan mereka umatku...

Jawab Allah : Mereka juga umat Muhammad saw..

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang bila seseorang itu niat akan berbuat kebaikan dan tidak jadi berbuat demikian, lalu dicatat satu hasanah (kebaikan)...Lalu apabila dikerjakan, ditulis pula 10 hasanah...dan dapat dilipatgandakan hingga 700 lebih, dan apabila seseorang itu
berniat untuk kejahatan sedang dia masih tidak melakukannya, dosanya tidak akan dicatat sehinggalah dia melakukannya..dan kejahatan itu ditulis hanya satu... Jadikanlah mereka umatku....

Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..

Ya Rabbi, aku juga mendapati ada umat yang 70 000 orang dan mereka akan masuk syurga tanpa dihisab,...Jadikanlah mereka umatku..

Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..

Mamar meriwayatkan dari Qatadah sama seperti di atas tetapi dengan penambahan :

Ya Rabbi, aku juga mengetahui akan suatu umat yang merupakan sebaik-baik umat kerana mereka melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar, jadikanlah mereka umatku..

Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..

Ya Rabbi, juga aku dapati ada umat yang terakhir masanya, tetapi terdahulu di hari kiamat..Jadikanlah mereka umatku...

Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..

Ya Rabbi, aku juga mendapati ada umat yang kitab Allah itu di dalam dada mereka (menghafaz) tetapi mereka membacanya sambil melihat, jadikanlah mereka umatku..

Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..


Apabila Nabi Musa mendengar semua jawapan dari Allah...timbul rasa dalam hati Baginda untuk menjadi umat Nabi Muhammad saw...Lalu Allah menurunkan wahyu kepadanya...." Ya Musa, Aku telah memilih engkau dan semua manusia untuk menerima risalah-Ku dan firman-Ku, maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu, dan jadilah kamu dalam golongan orang-orang yang bersyukur.."

( Dan dari kaum Musa ada orang-orang yang memimpin umat ke jalan yang hak, dan dengan hak itu mereka berlaku adil )..... Maka Nabi Musa as berpuas hati dengan jawapan dari Allah ini dengan redha.....

Sunday, 29 January 2012

Russia sediakan 'drop box' untuk bayi yang hendak dibuang.

Masalah pembuangan bayi bukan saja berlaku di Malaysia, Ia juga berlaku dimerata rata dunia termasuk Russia, Gejala sosial dunia telah jatuh ke tahappaling teruk lebih hina dari binatang. Manusia hanya inginkan keseronokan sahaja dan tidak mahu berfikir dan membelenggu diri dengan tanggungjawab! Inilah padahnya bila manusia sudah semakin meninggalkan intitusi keluarga. Hanya untuk berseronok ,jika termengandung, tunggu kelahirannya dan buang saja dimanamana.

Untuk mengurangkan gejala pembuangan bayi ini, NegaraRussia mencari jalanuntuk menyelamatkan bayi bayi yang tidakberdosaini daripadaditinggalkan mati kesejukan di tempat pembuangan sampah. AwalNovember lalusebanyak 5 baby drop box di pasang di beberapa tempat iaitu seperti di Sochi, Novorossiysk dan Armavir.
 Usaha yang dilakukan oleh Russia ini amat dipuji.So sesiapa boleh berzina sesuka hati dan bila terhamil silalah buang bayi itu di dalam drop box ini, dijamin selamat dan ibu yang membuangnya tidak akan dijejak untuk ditangkap atau dipersalahkan. itu di Russia, Kaedah ini rasanya tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama islam. Ia akan menggalakan lagi penzinaan berleluasa, ibarat sudah menyediakan penyelesaian dari sudut material jika anda tidak mahu bertanggungjawab.

Kaedah yang paling berkesan ialah kembali kepada penyelesaian cara spiritual iaitu pendekatan agama islam. Membuang bayi adalah satu kesalahan, jadi setiap kesalahanperlu menerima hukuman, hukuman yang memberi pengajaran kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. kaedah al quran saja yang paling berkesan.