Salam maulidur Rasul, agak lama juga tiada entri yang bersifat agama. Itulah seringkali kita lalai dalam mengingati Allah dan nabi Muhammad SAW. Pada 5 Februari ini tibalah masa untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammd SAW, Sebenarnya memperingati Nabi bukan lah pada tarikh tarikh tertentu sahaja, sebagai umat nabi Muhammad kita dituntut mengingati bagind dalam setiap detik dan saat, bagaimana nak mengingatinya? sentiasa berselawat dan amalkan sunnah-sunnahnya. itulah yang sebaik baiknya bukan hanya menyambut dan berarak setahun sekali sahaja
kita seharusnya bersyukur atau wajib bersyukur kerana menjadi umat nabi muhammad saw. ada satu riwayat dari Abu Laits a.s Assamarqandi dengan sanadnya dan Muqatil bin Sulaiman berkata:
Nabi Musa a.a bermunajat.... Ya Rabbi, aku mendapatkan dalam alwaah ( roh) , ada suatu umat yang dapat memberi syafaat dan akan diterima syafaat mereka..Jadikanlah mereka umatku???
Jawab Allah : Mereka adalah umat Muhammad saw..
Ya Rabbi, aku dapatkan juga umat yang tebusan dosa mereka cukup dengan sembahyang lima waktu, jadikanlah mereka umatku....
Jawab Allah : Mereka juga umat Muhammad saw..
Ya Rabbi, aku dapatkan juga ada umat yang akan membasmi kesesatan sehingga mereka akan membunuh Dajjal yang bermata sebelah, jadikan mereka umatku...
Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kesucian mereka dengan air dan tanah, jadikanlah mereka umatku...
Jawab Allah : Mereka juga umat Muhammad saw..
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang boleh menerima sedekah dan memakannya, padahal umat-umat yang dahulu harus dibakar dengan api....Jadikan mereka umatku...
Jawab Allah : Mereka juga umat Muhammad saw..
Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang bila seseorang itu niat akan berbuat kebaikan dan tidak jadi berbuat demikian, lalu dicatat satu hasanah (kebaikan)...Lalu apabila dikerjakan, ditulis pula 10 hasanah...dan dapat dilipatgandakan hingga 700 lebih, dan apabila seseorang itu
berniat untuk kejahatan sedang dia masih tidak melakukannya, dosanya tidak akan dicatat sehinggalah dia melakukannya..dan kejahatan itu ditulis hanya satu... Jadikanlah mereka umatku....
Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..
Ya Rabbi, aku juga mendapati ada umat yang 70 000 orang dan mereka akan masuk syurga tanpa dihisab,...Jadikanlah mereka umatku..
Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..
Mamar meriwayatkan dari Qatadah sama seperti di atas tetapi dengan penambahan :
Ya Rabbi, aku juga mengetahui akan suatu umat yang merupakan sebaik-baik umat kerana mereka melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar, jadikanlah mereka umatku..
Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..
Ya Rabbi, juga aku dapati ada umat yang terakhir masanya, tetapi terdahulu di hari kiamat..Jadikanlah mereka umatku...
Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..
Ya Rabbi, aku juga mendapati ada umat yang kitab Allah itu di dalam dada mereka (menghafaz) tetapi mereka membacanya sambil melihat, jadikanlah mereka umatku..
Jawab Allah : Mereka umat Muhammad saw..
Apabila Nabi Musa mendengar semua jawapan dari Allah...timbul rasa dalam hati Baginda untuk menjadi umat Nabi Muhammad saw...Lalu Allah menurunkan wahyu kepadanya...." Ya Musa, Aku telah memilih engkau dan semua manusia untuk menerima risalah-Ku dan firman-Ku, maka terimalah apa yang Aku berikan kepadamu, dan jadilah kamu dalam golongan orang-orang yang bersyukur.."
( Dan dari kaum Musa ada orang-orang yang memimpin umat ke jalan yang hak, dan dengan hak itu mereka berlaku adil )..... Maka Nabi Musa as berpuas hati dengan jawapan dari Allah ini dengan redha.....
Tuesday, 31 January 2012
Sunday, 29 January 2012
Russia sediakan 'drop box' untuk bayi yang hendak dibuang.
Masalah pembuangan bayi bukan saja berlaku di Malaysia, Ia juga berlaku dimerata rata dunia termasuk Russia, Gejala sosial dunia telah jatuh ke tahappaling teruk lebih hina dari binatang. Manusia hanya inginkan keseronokan sahaja dan tidak mahu berfikir dan membelenggu diri dengan tanggungjawab! Inilah padahnya bila manusia sudah semakin meninggalkan intitusi keluarga. Hanya untuk berseronok ,jika termengandung, tunggu kelahirannya dan buang saja dimanamana.
Untuk mengurangkan gejala pembuangan bayi ini, NegaraRussia mencari jalanuntuk menyelamatkan bayi bayi yang tidakberdosaini daripadaditinggalkan mati kesejukan di tempat pembuangan sampah. AwalNovember lalusebanyak 5 baby drop box di pasang di beberapa tempat iaitu seperti di Sochi, Novorossiysk dan Armavir.
Usaha yang dilakukan oleh Russia ini amat dipuji.So sesiapa boleh berzina sesuka hati dan bila terhamil silalah buang bayi itu di dalam drop box ini, dijamin selamat dan ibu yang membuangnya tidak akan dijejak untuk ditangkap atau dipersalahkan. itu di Russia, Kaedah ini rasanya tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama islam. Ia akan menggalakan lagi penzinaan berleluasa, ibarat sudah menyediakan penyelesaian dari sudut material jika anda tidak mahu bertanggungjawab.
Kaedah yang paling berkesan ialah kembali kepada penyelesaian cara spiritual iaitu pendekatan agama islam. Membuang bayi adalah satu kesalahan, jadi setiap kesalahanperlu menerima hukuman, hukuman yang memberi pengajaran kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. kaedah al quran saja yang paling berkesan.

Wednesday, 25 January 2012
Di saman kerana ambil gambar
Ini ialah gambar yang diambil dan digunakan oleh New English tea untuk bungkusan produknya.apa yang menariknya kerana gambar inilah syarikat pengeluar teh ini disaman kerana dikatakan meniru gambar daripada produk syarikat souvenir iaitu Temple Island Collection.
Ini pula gambar asal daripada Syarikat temple Island Collection.
Jadi apa persamaannya? kenapa disaman? Dari sudut mata kasar tiada apa apa persamaan yang ketara cuma yang sama ialah bas double decker dan bangunan big ben di belakangnya. sebenarnya elemen elemen itulah persamaannya. walaupun gambar ini bukan di cetak rompak tetapi teknik komposisi serta subjek memang jelas meniru. Warna kontra double decker yang merah menonjol dengan latar hitam putih, inilah persamaannya, begitu juga komposisi bas dan sudut gambar di ambil iaitu dari arah yang sama. atas hujah ini syarkat Temple island Collection menang sman tersebut . Jadi hati hati jika meniru komposisi gambar yang sudah sedia diambil oleh photographer lain. Tapi setakat nak simpan sendiri rasanya tidak mengapa jangan sekali kali untuk kormersial, Tak pasal pasal kena saman. Itu di England

Saturday, 14 January 2012
Kemalangan Titanic moden
Sebuah kapal persiaran mewah Costa Concordia terlanggar beting pasir berhampiran Giglio diluar pantai Tuscan, Itali. Kapal yang cukup mewah itu membawa lebih 4000 penumpang yang sudah tentu bertujuan nak berseronok ronok menghabiskan duit.Kejadian berlaku pukul 5 pagi waktu malaysia.
kapal berkenaan tidak akan karam kerana berada di perairan cetek. Jika berada di lautan lepas mungkin tragedi Titanic berulang kembali. Tapi rasanya jika Kapal ini karam jumlah mangsa tidaklah seramai semasa berlakunya Titanic kerana zamanmoden sistem komunikasi jauh lebih cekap dibandingkan tahun1912.
Lihat gambar gambar berkaitan.

Tuesday, 10 January 2012
Rumah sangkar warga emas Hong Kong.
Kemiskinan ada di mana - mana. Ada di mana - mana termasuk negara yang sentiasa gahdengan kemajuan sekian lama iaitu Hong Kong. Amat menyedihkan melihat sisi gelapkehidupan terpinggir golongan warga emas di Hong Kong yang hanya mampu tinggal didalam sangkar besi seluar 4 kaki panjang dan 2 setengah kaki lebar. umpama ukuran lubang kubur.
Hong Kong digembar gemburkan sebagai bandaraya yang moden dan antara yang menelan kos hidup paling tinggi di dunia. kemodenan yang dikejaroleh HongKong terpaksa dibayar dengan kos yang tinggi oleh penduduknya. yang menjadimangsa adalah golongan kelas bawahan yang berpendapatan rendah , hanya manpu menyewa ruang stor sahaja yang tempat tidur, ruang tamu dan dapur adalah tempat yang sama.
Nasib warga emas Malaysia yang tingga di rumah kebajikan jauh lebih baik dan selesa. Jurugambar Australia Brian Cassey telah merakamkan beberapa gambar yang sevcara langsung bercerita betapa hodohnya dan azabnya kehidupan golongan miskin di Hong Kong.
Sebuah rumah Flat yang biasa di Hong Kong dikongsi sehinnga 19 orang. Setiap orang mempunyai satu sangkar besi seluas lubang kubur untuk tidur dan menyimpan barangan peribadi. Sangkarnya dibina bertingkat tingkat dan yang paling bawah adalah paling murah. Tiada kemudahan memasak dan penghuni kena makan nasi bungkus setiap hari. Berkongsi bilik mandi dan tandas. Sedihnya ada yang sudah hidup begitu selama hampir 30 tahun! adusss...

Friday, 6 January 2012
Office mudah dan boleh dialih - alih
Bagi seorang yang bisnes secara mobile sudah tentu ada masalah dari segi tempat pengurusan yang kadang kadang jauh daripada pejabat. Mengatasi masalah ini seorang pereka belanda Tim Vinke telah mencipta satu rekabentuk yang menggabungkan meja, dua buah kerusi dan kabinet filing sebagai satu rekaan pejabat rengkas. Rekaan ini dinamakan 'Kruinkantoor'.Kantor tu maknanya pejabat kalau ikut kata Indonesia bekas tanah jajahan Belanda. Apa yang menarik pejabat ini berkonsep mudah alih dan boleh ditolak ke mana mana sahaja. Jika anda ingin membuka bisnes kecil melibatkan pengurusan pejabat dan perlu bergerak ke serata tempat, rekaan ini adalah sesuai cuma boleh ditambah baik atau perlukan inovasi supaya lebih sesuai atau dikekecilkan lagi saiznya. Idea yang brilliant!
Subscribe to:
Posts (Atom)