Ini ialah gambar yang diambil dan digunakan oleh New English tea untuk bungkusan produknya.apa yang menariknya kerana gambar inilah syarikat pengeluar teh ini disaman kerana dikatakan meniru gambar daripada produk syarikat souvenir iaitu Temple Island Collection.
Ini pula gambar asal daripada Syarikat temple Island Collection.
Jadi apa persamaannya? kenapa disaman? Dari sudut mata kasar tiada apa apa persamaan yang ketara cuma yang sama ialah bas double decker dan bangunan big ben di belakangnya. sebenarnya elemen elemen itulah persamaannya. walaupun gambar ini bukan di cetak rompak tetapi teknik komposisi serta subjek memang jelas meniru. Warna kontra double decker yang merah menonjol dengan latar hitam putih, inilah persamaannya, begitu juga komposisi bas dan sudut gambar di ambil iaitu dari arah yang sama. atas hujah ini syarkat Temple island Collection menang sman tersebut . Jadi hati hati jika meniru komposisi gambar yang sudah sedia diambil oleh photographer lain. Tapi setakat nak simpan sendiri rasanya tidak mengapa jangan sekali kali untuk kormersial, Tak pasal pasal kena saman. Itu di England


No comments:
Post a Comment