Tuesday, 27 December 2011

Sesudah bencana Tsunami Jepun

Beginilah hasilnya bila manusia semakin rakus memusnahkan alam demi kuasa. Sesekali Allah s.w.t menurunkan tenteranya, tidak pula makhluk sekalian bumi mampu menghalangnya. itu baru sebilangan kecil sahaja tentera Allah diturunkan. Negara Jepun terkenal dengan teknologinya yang semakin maju mengalahkan Barat. Bencana Tsunami yang berlaku pada bulan Mac 2011 memusnahkan sebahagian besar zon yang menempatkan reaktor nuklear Dai Ichi di Okuma.

Bimbang kesan radioaktif, Seluruh penduduk diarahkan mengosongkan terus daerah Namie menjadikan bandar dan pekan pekan yang sibuksebelum ini menjadi sepi tanpa penghuni , atau lebih tepat lagi sebagai bandar hantu, Nasib nya sama seperti Chernobyl yang sudah sekian lama menjadi bandar hantu.

Jurugambar national Geographic David Guttenfelder sempat merakamkan suasana daerah Namie twrsebut iaitu sesudah 7 bulan peristiwa tsunami terjadi.







Hanya gambar dapat bercerita, sebuah kawasan penempatan yang dahulunya kelihatan aman dan tenang bertukar menjadi tempat yang suram dan menakutkan.



No comments:

Post a Comment